Kenali PruBSN Takaful
Salam Perkenalan...
Jom sama-sama kita mengenali PruBSN....
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah diberi kepercayaan dan kelulusan untuk mengurus industri Takaful oleh Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2006. Kerjasama antara dua syarikat yang utuh iaitu Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melahirkan syarikat PruBSN Takaful. Prudential ditubuhkan pada tahun 1848 dan menjadi pemacu kepada insuran nyawa dan pencen di United Kingdom.
Hari ini Prudential berbangga menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Melalui Prudential Assurance, jenama Prudential telah berkembang di Malaysia sejak 80 tahun lalu. Manakala BSN yang dilancarkan pada tahun 1974 mempunyai 9 juta pelanggan dengan kekuatan tenaga pekerja 5,100 orang di 400 cawangan di seluruh negara. Ianya telah didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kekuatan jenama dan identiti kedua-dua syarikat ini telah menghasilkan peluang kepada PruBSN untuk terus maju dalam industri Takaful di Malaysia.
Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian kewangan Syariah bertaraf dunia. Ini kerana di PruBSN, We Understand, We Care.....
KONSEP TAKAFUL
Untuk pengetahuan anda, Takaful adalah satu konsep saling membantu yg berdasarkan prinsip perkongsian tanggungjawap, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan TABARRU (Derma) ke dlm dana yg akan digunakan utk membantu peserta tersebut serta peserta lain pada masa yg diperlukan.
DALIL SALING MELINDUNGI
"Demi hayatku yg berada dlm kekuasaan Allah, tiada siapa yg akan masuk Syuarga jika beliau tidak melindungi jirannya yg berada dlm kesusahan".
Diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim
3 MANFAAT UTAMA
A) Manfaat Asas Takaful
1. Kematian
2. 36 Penyakit Kritikal
4. Elaun Lumpuh Kekal
5. Pampasan Kemalangan
6. Elaun Cuti Kemalangan
7. Elaun Wad Harian
8. Elaun Harian ICU
9. Tanggunfan Bil Kemalangan
10. Khairat Kematian
11. Rebat Cukai Pendapatan
12. Pengecualian Sumbangan
a) 36 Penyakit Kritikal*
b) Hilang Upaya Kekal*
(pasangan/ibu/bapa)
c) Kematian
(pasangan/ibu/bapa)
*sila hubungi agen untuk
keterangan lanjut.
B) SIMPANAN & PELABURAN
(DANA-DANA AMANAH)
1. Pelaburan Berlandaskan Syariah
2. Kadar Pulangan Yang Tinggi
3. Dana Pelaburan Boleh Ditukar Pada Bila-Bila Masa
4. Boleh Menambah & Mengeluarkan Dana Pelaburan Pada Bila-Bila Masa
5. Melabur Untuk Dana Pendidikan Anak/Persaraan Anda
*Tertakluk pada terma & syarat
C) KAD PERUBATAN
(Max Coverage 70/80 tahun)
1. Dengan / Tanpa Had Tahunan
2. Kebebasan Memilih Hospital-Hospital & Doktor-Doktor
3. Perlindungan 24jam Di Seluruh Dunia
4. Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan
5. Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
6. Rawatan Sebelum Masuk (30 hari) & Keluar (90 hari) Hospital
7. Penjagaan Jururawat Di Rumah (180 hari)
8. Pembedahan Balik Hari
9. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Utk Kemalangan
10. Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa & Tempatan
11. Tanpa Had Pengecualian / Limit Pengunaan Kad
12. NO CLAIM BONUS

Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan
- Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
- Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
- Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Syariah dan yang mendapat pulangan yang lebih tinggi dalam jangkamasa pangjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
- Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimun adalah Rm500. Kemudahan ini tersedia nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya Rm1,000.
- Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian culai individu sehingga Rm7,000 setahun.
Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK..?
Sesiapa yang berumur di antara 19 hingga 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun..
Bagaimanakah Boleh Saya Bermula..?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan lain2 manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan. Hubungi Agen Kami.
Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
- Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke pangjang.
Takafulink Dana Bon
- Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke pangjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
- Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Urus
- Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapanDana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian Keuntungan Pelaburan.
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru, sekiranya ada manakala baki 30% akan diperuntukan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan palabur akan dikongsi diantara para peserta dan Pengendali Takaful pada kadar 70:30.
Apakah Cajnya.
Takafulink adalah berdasarkan Model Wakalah di mana Pendendali Takaful akan menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum iaanya/dikreditkan ke dalam PUA,ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada jadual berikut:
Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, Pemgendali Takaful akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukan peratusan yang lebih tinggi ke dalam akaun Pua dan ISA anda.
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.
Lain-lain caj termasuk:
Caj Perkhidmatan.
- Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
- RM5 dibayar setiap bulan.
Caj Pengurusan Aset
- Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi PUA dan IUA.
- Caj ini akan dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana PUA yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
- Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan.
Caj Pengurusan Risiko
- 30% daripada Tabarru' Kasar akan ditolak setiap bulan untuk caj pengendali Dana Tabarru'.
Tabarru'
- Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
- Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.
- PUA: adalah akaun di mana unit-unit diperuntukan, berdasarkan amaun berkaitan sunbangan yang dibayar.
- ISA: adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukan.
- IUA: adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukan.
TAKAFULINK CERDIK
(Pelan perlindungan & pendidikan kanak-kanak)
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka mnyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda.
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan teteap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua pemberian yng tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan- dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.
Siapakah yang layak Menyertai Pelan ini..?
Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.
Manfaat Asas
Kematian:
Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA), Akaun Khas Individu (ISA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di dlm PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) :
Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 25 tahun. Unit-unit didalam PUA, IUA dan nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya disebabkan oleh:
- Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
- Penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun atau penerjunan udara) selain daripada anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.

(Dengan kerjasama TH Travel & Services Sdn. Bhd.)
Anda Dijamin Haji Dalam Apa Jua Situasi:
- Panjang Umur: Keluarkan Simpanan & Pergi Haji.
- Sakit Kritikal: Duit Rawatan Diberi + Sijil Percuma(sepanjang tempoh perlindungan)- Keluarkan, Simpanan & Pergi Haji.
- Meninggal Dunia: Di Malaysia, Jumlah Perlindungan +, Baki Simpanan + Upah Haji(kami tanggung)
- Meninggal Dunia: Di Mekah, 2x Jumlah Perlindungan +, Baki Simpanan + Upah Haji.
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang utk kehidupan yg lebih baik dan kita turut merancang kesejahteraan utk org2 yg kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda utk memenuhi kewajipan yg dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yg dpt memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yg sama, memastikan anda dilindungi.
Apa Yang PruBSN Ummah Boleh Berikan kepada Anda:
- Manfaat-manfaat Haji/ Umrah
- Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa @ hilang upaya kekal dan menyeluruh
- Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
- Tingkatkan simpanan anda
- Manfaat-manfaat penyakit kritikal
- Bonus loyalti
Perbelanjaan Haji yang Tinggi
Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah Rm9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana2 Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut.
(Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)
Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasullah SAW bersabda,
"Dilarang bagi seseorang Muslim yg mempunyai sesuatu utk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiat dan disimpan tersedia bersamanya"
(Sahih Bukhari)
Manfaat-manfaat Haji/Umrah:
- Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
- Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji.
- Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah
Bonus Loyalti:
- Sememangnya berbaloi utk menjadi pelangan setia kami, anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
- Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh. (tertakluk kepada terma dan syarat)
Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal:
- Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
- Memastikan tanggungjawap kewangan anda yang masih tertungak dijelaskan.
- Wang tunai tambahan bernilai Rm2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal:
- Melindungi anda apabila anda dikenalpastinmenghidap penyakit yang boleh mengamcam nyawa anda.
Tingkatkan Simpanan Anda:
- Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda teruus meningkat.
Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi:
- Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam
Manfaat-manfaat PruBSN Ummah
Bonus Loyalti:
Ini adalah manfaat yg diberikan kepada anda kerana setia menjadi pelangan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.
Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yg merupakan sebahagian drpd bonus loyalti. Elaun ini sebagai tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya utk memastikan keperluaan kewangan keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.
Pengeluaran simpanan utk Haji atau Umrah:
Anda boleh mengeluarkan sebahagian drpd simpanan akaun anda sebagai tambahan utk keperluan perjalanan Haji @ Umrah, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali utk Umrah dan sekali utk Haji sepanjang sijil.
- Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
- Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai Rm500 dan tidak lebih 70% drpd baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
- Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya Rm2,000 selepas pengeluaran dilakukan.
Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh(TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya menyeluruh, anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yg setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.
Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan Rm2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yg boleh digunakan utk perbelanjaan pengkebumian dan yg berkaitan.
Gandakan Manfaat Takaful semasa menunaikan Haji @ Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.
Badal Haji
Sekiranya anda meningggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga utk menunaikan Badal Haji utk anda.